Hakimintelijen.com
Setelah menghadiri Majlis Aqiqah cucu-cucu Dato’ Sri Zaini di Geo Resort Genting, Young Syefura melanjutkan lawatan ke Karak untuk memantau pembinaan Jambatan Kebun Karak yang sedang dijalankan.
Jambatan ini hasil permohonan kepada Malaysia Rail Link (MRL) melalui inisiatif CSR ECRL, bertujuan meningkatkan keselamatan dan kemudahan pergerakan lebih 100 orang pekebun setempat.
Jambatan lama yang rosak teruk akibat banjir besar 2021 akan digantikan dengan jambatan baru yang lebih kukuh dan selamat. Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk MRL, ECRL, PLB, dan JPS, Jambatan Kebun Karak dijangka siap sepenuhnya pada awal Januari 2026.
Semoga inisiatif ini dapat memudahkan urusan harian para pekebun dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
#BentongKita #JambatanKebunKarak #KeselamatanPekebun

