Hakimintinen.com
Bentong_Isu pengiktirafan Ujian Pencapaian Sekolah Persatuan Cina Malaysia (UEC) telah menjadi perbincangan hangat di negara kita. Sebagai seorang yang mempercayai kepentingan pendidikan, saya ingin menekankan bahawa isu ini harus dibincangkan secara berhemah dan tidak dipolitikkan.
Sistem pendidikan kebangsaan kita harus mementingkan kecemerlangan akademik dan membentuk sahsiah serta perpaduan negara. Namun, kita juga harus mengakui bahawa warga negara kita memiliki pilihan untuk menentukan jalur pendidikan anak-anak mereka.
UEC adalah sijil kelayakan yang diterima di peringkat antarabangsa, dan kita tidak sepatutnya menghalang pelajar-pelajar cemerlang kita untuk mendapat laluan pendidikan yang diiktiraf. Oleh itu, saya menyokong pengiktirafan UEC dengan syarat mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM.
Saya seru agar sebarang diskusi berkenaan perkara ini dilakukan secara berhemah dan bukan bersifat politik perkauman yang menjejaskan masa depan anak-anak kita.
#BentongKita#YS#
(Timred)

