Kunjungan Hormat ke Kementerian Dalam Negeri Indonesia: Mempererat Hubungan Diplomasi

Hakimintelijen.com

Jakarta_Delegasi Malaysia yang dipimpin oleh Young Syefura, telah melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia, Jakarta. Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan diplomasi antara Malaysia dan Indonesia, serta melakukan pertukaran pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu politik dan keamanan di kedua-dua negara.

Selama pertemuan, delegasi Malaysia diberikan penerangan terperinci mengenai portfolio Kementerian Dalam Negeri Indonesia, serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara tersebut. Menteri Dalam Negeri Indonesia, Bapak Muhammad Tito Karnavian, menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

“Setiap negara mempunyai cabaran tersendiri, dan Indonesia lebih besar cabaran kerana mempunyai populasi yang jauh lebih tinggi dari Malaysia, sekitar lebih 280 juta penduduk,” kata Young Syefura.

Pertemuan ini juga membincangkan pelbagai perkara, termasuk landskap politik di kedua-dua negara, serta cara-cara untuk meningkatkan kerja sama di bidang keamanan dan pertahanan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Bapak Menteri, dan seluruh warga Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang menerima kunjungan kami. Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada kami dan memberi pengalaman yang berharga buat kami,” tambah Young Syefura.

Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan Malaysia-Indonesia dan membawa manfaat bagi kedua-dua negara.

#BentongKita,#kemendagriri#

#youngsyefur#

(Timred)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *